Powered by Blogger.

TIDAK MENJUAL KASUT FIGOS LAGI

Wednesday, December 7, 2011

TIDAK MENJUAL KASUT FIGOS LAGI

MOHON MAAF KEPADA MEREKA YG TELAH MENELEFON SAYA, KERNA SAYA TIDAK LAGI MENJUAL KASUT FIGOS.

AKAN DATANG KALAU ADA RUANG DAN PELUANG, SAYA AKAN KEMBALI MENJUAL. BUKAN FIGOS AJE, LAIN-LAIN PON BOLEH !

Read more...

Hah, Kasut Futsal ?!

Sunday, October 31, 2010

Agak-agak, kalau gua tolak kasut nih korang nak beli tak ?
Ori punya. Ini betul-betul. Bukan chobaan !

Brand : Figos
Usia : Baru lagi. Masih berbau kilang. ( Bukan 2nd Hand ! )
Spesis : Figos Qatto
Kegunaan : Sedap dimakan dipakai untuk mereka yang gila ronggeng berfutsal dan yg gila melaram dgn kasut sukan. Nampak ayu macho gitu !

Harga : Tak mahal. Mampu milik. RM90 RM70 je !

Bagi penghantaran di luar kawasan ;

Kos Penghantaran : RM 10.
Total : RM 80


Pakcu : Bagi yang poket kembung mungkin anda boleh belek Adidas Sala yg berharga RM200 di Al-Ikhsan. 
Yang poket kempis, boleh order ini Figos Qatto dgn saya. :)
( Nak order 8 pasang sekaligus pun boleh )

Read more...

Tokei Dinar Emas

Thursday, October 14, 2010

Seminggu dua ini, saya merapatkan kembali jalinan ukhwah yg telah lama terputus dek kerana faktor geografi. ( Kini beliau di Pulau Pinang )

ZaizulAkmar.  Sahabat lama saya tika di sekolah agama petang ( Johor )
Sama-sama di darjah 6. Umur saya 12thn manakala beliau 15thn.

Bagi saya dia "Abang"  senior yg perihatin lagi boleh diharap. Melindungi saya drpd dibuli budak-budak sebaya saya. Saya ibarat pendatang asing di situ kerana bersekolah kebangsaan di Kampung saya, sedang sekolah agama pula di bandar Endau.

 Macam-macam kami belajar.
Ilmu Ibadat, tauhid, jenayah ( rejam, potong tangan, sebat, takzir..),
faraid ( bagi harta ), muamalah ( bizness ), munakahat ( nikah kawin hehehe ), Bahasa Arab, tafsir.
( Cuma tak jadi Ustad je lagi, walaupun tepung kastad kerap dimakan bila menjadi puding :) )

Bagus sekolah agama petang di Johor nih ?  Bagus memang bagus cuma aplikasi dalam kehidupan je kurang. Kami belajar ilmu jenayah, hukuman zina rejam / sebat. Tapi alam nyata bayar denda aje. Settle !
Bak kata dato Ismail Kamus Al-fulus sufiddunia, wal mampus fil akhirah !

Kami belajar muamalah, hukum jual beli, jangan ada riba, tapi riba berada dimana-mana. Tempias terkena juga.
Kadang bertanya juga, apa makna ilmu yg kami pelajari ?
Ada nilai ? Atau ianya Rubbish ? ( Lama-lama ilmu ini pupus juga ). Siapa yg harus bertanggungjawab ? Akhirat nanti pakat-pakat jawab la kita.

Itu kisah lama. Antara saya, dia,dan sekolah agama petang Johor. Kisah pada tahun 1992. Kisah hari ini, beliau telah menjadi TOKEI Agen Publicgold.
Pehh, jual emas beb !

Apa-apa pun tahniah la buat saudara Zaizulakmar Zainuddin.
Kalau dah terlebih sangat kepingan dinar tu, hulur-hulur la pd ex-adik junior kau ini :)
Kenang daku dalam dinar mu ! :) 


Nota hujung : Jika mahu mencuba beli dinar, apa salahnya kan ? Saham amanah still go on. :). Tuan-tuan juga boleh mencuba.

Read more...

Buka Kedai

Thursday, October 7, 2010

Open House Shop
Blog ini bercirikan kedai semata.
Kedai ? Ye la kedai.. tempat orang jual beli barang.
Maka ia bolehlah dikatakan sebagai percubaan pertama dalam melahirkan
"Kedai Blog"

Barang apa ?
Nanti-nantilah akan Pakcu sumbat belaka ke dalamnya.
Selamat bertandang ke kedaipakcu !

nota : Jangan takut, Pakcu tak jual harimau :) Gambar hiasan semata-mata !

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP